~cinta~

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Tuesday, 23 September 2014

~menjadi isteri idaman~



Setiap golongan isteri mempunyai peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga.
Berikut adalah beberapa panduan untuk mereka yang berhasrat menjadi seorang isteri yang menjadi idaman seorang suami :
1. Pandai dalam menguruskan rumah tangga
Contohnya dalam mendidik anak-anak, adalah lebih baik sekiranya isteri tidak menyerahkan tanggungjawab menjaga anak kepada pembantu. Selain itu isteri juga harus pandai dalam aspek menjaga kebersihan rumah, menyiapkan makan minum pada waktunya dan juga pengaturan yang baik dalam membelanjakan harta suaminya dengan baik. Isteri yang mulia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

2. Baik dalam pergaulan dengan keluarga suami dan  kaum kerabatnya
Terutama sekali hubungan dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagi setiap isteri untuk memberikan kasih sayang kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

3. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya.
Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Contohnya, Ummul Mukminin, Khadijah R.A, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.

4. Bersyukur (berterima kasih)
Bersyukur kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Rasa terima kasih pada suami dapat ditunjukkan dengan senyuman manis di wajah si isteri yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya ungkapkanlah dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali perasaan cinta di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangan suami dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

5. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). 
Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim suami kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.

6. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan.  
Termasuk kesalahan adalah : Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah S.A.W telah melarang perkara itu dalam sabdanya :
"Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya"
HR. Bukhary dalam An-Nikah

7. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat.
Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Maka isteri hendaklah menjauhi maksiat, khususnya: Meninggalkan solat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar, duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria' dan sum'ah, memburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.

8. Berupaya mengenal dan memahami suami.
Isteri hendaklah mengenali dan memahami suami dengan sebaiknya. Apa-apa yang dia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang dia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah.

9. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.
Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda:
"Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya"
HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albany
Ketahuilah, isteri yang bertakwa kepada Allah dan taat kepada suaminya akan menjadi penduduk syurga dengan izin Allah. Dengan ketaatan kepada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjadi sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).

10. Bersikap qanaah (merasa cukup)
 Maksud bersikap qanaah di sini adalah isteri yang redha dengan apa yang diberikan untuknya baik pemberian itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kemampuan suaminya atau meminta sesuatu yang di kira tidak perlu.  

Tidur Lena Ibu Hamil


Semakin kandungan membesar, semakin tidak selesa pergerakan bakal ibu. Waktu tidur adalah masa yang paling mencabar . Walaupun ia adalah masalah biasa tetapi kekurangan tidur boleh membuatkan ibu menjadi letih dan tidak bermaya.
Untuk mendapatkan tidur yang cukup dan selesa, ibu boleh mempraktiskan beberapa panduan berikut:
  1. Kurangkan minum
Minum air sebanyak-banyaknya pada waktu siang tetapi menjelang waktu tidur, kurangan pengambilannya. Sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Ini untuk mengurangkan kekerapan ke bilik air untuk membuang air kecil.

  1. Tidur siang
Sekiranya tidak mendapat tidur mencukupi pada waktu malam, pastikan anda mencari masa untuk melelapkan mata seketika pada waktu siang. Ini membantu mengurangkan keletihan. Walau hanya 10 minit, ia sangat membantu memulihkan tenaga dan kesegaran anda.

  1. Senam di siang hari
Bersenam secara tetap ketika hamil baik untuk tahap kesihatan yang optimum. Ia membantu memperbaiki peredaran darah bagi mengelakkan kaki kejang di malam hari. Tetapi elakkan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.

  1. Atasi pedih ulu hati
Bagi mengelakkan pedih ulu hati, jangan baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas waktu makan. Jika masalah pedih ulu hati menjadi penyebab anda tidak dapat tidur, pastikan kedudukan kepala lebih tinggi ketika berbaring. Elakkan makanan berempah, berasid, berlemak atau bergoreng.

  1. Betulkan posisi tidur
Dalam trimester ketiga, amalkan tidur mengiring. Ini bagus untuk menggalakkan peredaran darah untuk kandungan, rahim dan buah pinggang. Elakkan tidur menelentang untuk tempoh waktu yang lama kerana ia boleh membebankan bahagian belakang yang akhirnya boleh menyebabkan ibu sakit pinggang.

  1. Menggunakan Bantal Ibu Hamil (Pregnancy Pillow)
Jika mengalami sakit pinggang, belakang dan perut ketika tidur mengiring. Disarankan menggunakan bantal khas atau dikenali "Pregnancy Pillow" yang direka khas untuk menangani masalah ini. Rata-rata ibu hamil yang menggunakan bantal ini amat berpuas hati dan sangat selesa menggunakannya. Bantal jenis ini sukar untuk didapati di Malaysia, tapi ianya ada dijual secara online di " The Baby Store Malaysia "

Panduan Lengkap Dari Anda Hamil Hingga Bersalin



Sebaik anda disahkan mengandung, persiapkan diri untuk bergelar ibu dan ayah yang terbaik. Kami menyediakan panduan dari A-Z untuk bakal papa dan mama.

Apabila disahkan positif mengandung, tentu bermacam perkara bermain di fikiran anda. Persoalan bagaimana selepas ini, apa langkah seterusnya dan sebagainya lagi berlegar-legar di kepala.

Bersiap Hadapi Tiga Trimester Kehamilan

Persediaan untuk bergelar ibu seharusnya bermula sejak awal dan sebaiknya bermula sebelum hamil lagi. Bakal ibu perlu mengambil tahu maklumat tentang kehamilan.

Menurut Pakar Obstetrik& Ginekologi Pusat Perubatan Barakah, Dr Khairiah, wanita yang merancang untuk hamil perlu memastikan kesihatan mereka berada pada tahap optimum dan mengamalkan cara hidup sihat.

Jika ada sebarang penyakit yang dihidapi seperti darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya, mereka perlu berbincang dengan doktor dan pastikan kesihatan pada tahap optimum kerana berisiko mendapat keguguran atau kecacatan bayi.

Beliau membahagikan perubahan yang patut dijangka oleh bakal ibu kepada tiga trimester. Setiap trimester mengambil tempoh tiga bulan. Jumlah masa tiga trimester adalah 9 bulan.

Trimester 1
  1. Perubahan paling biasa berlaku adalah rasa loya, muntah, selera makan berubah, keletihan berlebihan, sakit di payu dara dan kekerapan membuang air kecil.
  2. Untuk mengurangkan rasa loya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan makanan berminyak atau berempah.
  3. Jika ibu mengalami alahan teruk sehingga tidak boleh makan langsung, jangan paksa untuk makan sebaliknya cari apa yang boleh diterima oleh tekak dan pastikan berjumpa doktor untuk rawatan.
  4. Banyakkan berehat untuk mengurangkan rasa keletihan yang dialami.
  5. Jangan lupa makan asid folik, sebaiknya mula makan sekiranya merancang untuk mengandung.
  6. Persiapkan mental untuk menghadapi perubahan yang berlaku.
  7. Jangan terlalu risaukan keadaan janin dalam rahim jika ibu terlalu teruk mengalami alahan. Janin tetap sihat dan membesar kerana dia mengambil khasiat yang diperlukan daripada badan ibu.
  8. Cari coli yang lebih selesa dipakai kerana ketika ini payu dara mengalami perubahan saiz dan akan menjadi lebih sensitif.
  9. Jika anda masih lagi menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.
  10. Anda digalakkan membuat pemeriksaan antnenatal pertama pada trimester ini untuk memastikan keadaan kandungan normal dan mengetahui tarikh jangkaan bersalin yang betul terutama jika anda lupa tarikh haid atau haid anda tidak menentu.
Trimester 2


  1. Hadapi trimester kedua dengan gembira kerana waktu ini keadaan ibu sudah semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz badan masih belum membesar dengan ketara lagi.
  2. Rasa sakit pada payu dara juga semakin berkurangan kerana hormon sudah stabil.
  3. Ibu digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh membantu mengekalkan kesihatan sepanjang hamil dan memberikan stamina semasa bersalin. Contoh senaman terbaik adalah berenang, berjalan dan yoga (mengekalkan fleksibiliti otot).
  4. Ibu berkemungkinan besar akan selalu rasa sakit pinggang/belakang badan sebab ada kaitan dengan postur badan. Oleh itu pastikan ibu duduk dengan tulang belakang sentiasa tegak agar dapat mengurangkan sakit belakang. Ibu perlu tahu tentang postur-postur yang betul untuk mengelakkan sakit belakang.
  5. Ibu juga akan mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  6. Pilih baju yang longgar dan selesa dipakai sepanjang hari. Ketika ini rahim ibu mula keluar sebab perut semakin besar jadi tidak selesa apabila memakai pakaian yang ketat.
  7. Emosi ibu semakin stabil. Bagi ibu yang beragama Islam, banyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
  8. Ibu digalakkan makan buah kurma, kekacang seperti badam dan susu untuk pembentukan otak bayi yang sihat.
  9. Jika anda ibu yang ada penyakit seperti darah tinggi, buah pinggang, pastikan tahap kesihatan di tahap optimum ketika hamil sebab ada risiko kelahiran pramatang atau pembesaran bayi terganggu.
  10. Komplikasi ketika kehamilan seperti penyakit diabetis, darah tinggi boleh berlaku selepas tempoh 20 minggu kehamilan.
  11. Penyakit anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin rendah, ibu dinasihatkan makan suplemen zat besi dan jika teruk, ibu akan perlu tranfusi darah.
  12. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah seperti kekejangan otot, gigi reput, berlubang dan osteoporosis kerana bayi mengambil semua kalsium yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh minum susu, ambil suplemen kalsium kerana keperluan kalsium ibu hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari.

Trimester 3

  1. Saiz badan ibu semakin membesar.
  2. Ibu akan berasa lebih panas, tidur tidak selesa, kerap buang air kecil, kejang otot, sakit pinggul kerana otot mula meregang untuk proses bersalin.
  3. Persiapkan diri dengan infomasi berkenaan proses pelahiran anak seperti latihan teknik pernafasan dan pilihan cara untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
  4. Kekalkan stamina untuk proses kelahiran dan pastikan ibu mendapat rehat secukupnya.
  5. Ada bakal ibu mengalami penurunan selera makan dan ada yang sebaliknya. Jika tidak berselera lakukan seperti ketika trimester pertama iaitu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tetapi jika terlalu berselera, ambil makanan yang tinggi serat kerana ia mengurangkan risiko terkena diabetis di akhir kehamilan.
  6. Sesetengah bakal ibu akan mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki dan kebas tangan disebabkan water retention. Kebas tangan adalah disebabkan oleh carpaltunnel syndrome iaitu berlaku tekanan kepada saraf yang pergi ke tangan disebabkan oleh water retention. Kebas ini boleh dikurangkan dengan kerap melakukan senaman tangan.
  7. Vericose vein juga banyak berlaku kepada ibu hamil. Ubat daripada doktor boleh diberi sekiranya keadaan ibu terlalu teruk. Ibu digalakkan memakai stoking elastik dan meletakkan kaki ke atas paras lebih tinggi dari badan semasa baring atau duduk.

Bersalin Di Mana?


  1. Swasta atau kerajaan. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, perkara yang mesti difikirkan ialah bersalin di mana. Apa juga keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan bajet anda.
  2. Jika anda mempunyai tahap kesihatan yang baik semasa hamil, hospital kerajaan atau swasta tidak menjadi isu utama. Sekiranya anda memang ada peruntukkan kewangan tanpa had untuk melahirkan anak, tidak salah memilih hospital lima bintang untuk keselesaan maksimum.
  3. Jenis pusat perubatan – Andai anda mementingkan ciri-ciri Islamik, anda boleh membuat tinjauan hospital yang bercirikan demikian supaya aurat sentiasa terpelihara sebagai wanita Muslimah.
  4. Tanyalah sama ada hospital berkenaan menawarkan doktor dan jururawat yang terdiri daripada wanita. Namun tidak semua hospital berciri sedemikian berdekatan dengan kawasan kediaman anda.
  5. Dari segi lokasi hospital, pilihlah hospital berhampiran dengan kediaman untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya supaya dapat sampai segera ke hospital di saat pelahiran sudah tiba. Anda pasti tidak mahu bersalin dalam kereta.
  6. Jika berlaku kesesakan ketika itu, mintalah bantuan polis atau orang ramai bagi membantu melancarkan perjalanan anda ke hospital.
  7. Pakej bersalin- Dapatkan maklumat terperinci daripada brosur pakej bersalin di hospital supaya anda tahu tentang kos tersembunyi dalam pakej bersalin.
  8. Dapatkan maklumat berkenaan kos jika bersalin pada waktu malam dan waktu siang atau cuti umum. Begitu juga jika berlaku komplikasi semasa bersalin, ia akan dikenakan bayaran tambahan.
  9. Biasanya pakej bersalin di kebanyakan hospital menawarkan untuk kelahiran normal tanpa komplikasi dan begitu juga pembedahan caesarean. Semua ini perlu ditanya untuk mengelak bajet anda ‘ lari’ .
  10. Dipilih mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk bayi yang mungkin berisiko dan ibu yang mempunyai masalah kesihatan. Jangan memilih pusat perubatan yang kecil dan tiada kemudahan untuk kecemasan.
  11. Ada hospital swasta menyediakan ‘lawatan’ selepas ibu pulang daripada bersalin untuk melihat perkembangan bayi dan ibu.
  12. Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta.
  13. Hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kecemasan.
  14. Ada hospital membenarkan suami menemani isteri bersalin.
  15. Ada hospital mempunyai wad bersalin yang dilengkapi oleh teknologi CCTV bagi mengelak berlaku kes kehilangan bayi.

Persiapan Spiritual


  1. Perlakuan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh bakal ibu dan ayah mempengaruhi pembentukan anak yang dikandung.
  2. Bagi yang beragama Islam, lakukan persediaan rapi untuk menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak yang berperibadi mulia kelak.
  3. Sentiasa memelihara akhlak sepanjang hamil misalnya banyakkan bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
  4. Banyak mengingati Allah dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik.
  5. Cuba perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta melakukan kebajikan.
  6. Amalkan doa bagi memohon kepada Allah agar mengurniakan zuriat yang sihat, sempurna dan soleh perlu sering bermain di bibir bakal ibu dan ayah.
  7. Elakkan melakukan posisi atau aksi yang boleh memudaratkan pasangan semasa berasmara.
  8. Faham perubahan fisiologi tubuh badan isteri kerana suami seharusnya melayan dan menggembirakan hati isteri yang sedang hamil.
  9. Gembira dan sentiasa tenang menghadapi perubahan diri yang kadang kala tidak selesa. Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
  10. Hadirkan diri dalam majlis ilmu dan keagamaan bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sebagai bakal papa mama agar menjadi contoh tauladan kepada zuriat yang akan dilahirkan.
  11. Istighfar iaitu memohon keampunan kepada Ilahi satu amalan mulia yang mesti dilakukan oleh suami isteri terutama setiap kali selepas solat fardu.
  12. Jaga pemakanan yang masuk ke tubuh bakal ibu dan juga bapa. Makan makanan yang halal dan berkhasiat kerana ia akan menjadi darah daging zuriat kalian.
  13. Banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
  14. Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruh perkembangan sihat janin yang dikandung.
  15. Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental menjadi tanggungjawab suami kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.
  16. Niatkan dalam hati agar dihindarkan daripada segala kejahatan dan Allah mengurniakan zuriat yang sihat dan sempurna kepada anda.
  17. Orang-orang yang sabar adalah orang yang sentiasa reda dengan segala dugaan yang datang kepadanya terutama ketika sedang hamil.
  18. Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan bakal zuriat mesti ditunjukan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Ilahi.
  19. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan keselamatan sepanjang mengandung dan mudah bersalin.
  20. Tutur kata suami dan isteri perlu dijaga. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik sebagai salah satu cara merangsang perkembangan emosi anak yang dikandung.
  21. Jauhi diri daripada majlis-majlis yang berunsur maksiat dan mungkar semasa isteri hamil amat baik dilakukan. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.
  22. Yakinlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil dan melahirkan anak.

Doa-doa yang elok diamalkan semasa mengandung ialah :


  1.  Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
  2. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )
  3. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
  4. Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
  5. Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
  6. Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
  7. Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
  8. Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
  9. Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
  10. Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
  11. Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
  12. Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

A-Z kelengkapan untuk ibu dan bayi


  1. Adakah kad pengenalan diri anda disimpan di dalam beg yang senang dicapai? MyKad anda penting kerana akan digunakan sewaktu mendaftar masuk ke wad bersalin.
  2. Biasanya pada minggu-minggu terakhir kad pemeriksaan kesihatan ibu mesti dibawa bersama. Anda boleh bersalin bila-bila masa! Sama seperti MyKad, simpan ia di tempat yang senang dicapai.
  3. Cuba bawa bantal kecil yang mungkin dapat dijadikan bantal tambahan ketika bertarung dengan kesakitan kontraksi. Anda boleh meletakkan bantal berkenaan di bahagian belakang badan.
  4. Dalam tempoh anda mengalami kontraksi, bawalah tuala untuk mengelap muka yang mungkin kebasahan akibat peluh selain boleh digunakan untuk menyegarkan diri agar terus bertenaga menghadapi proses pelahiran.
  5. Elakkan berasa tertekan sepanjang tempoh awal pelahiran. Anda boleh mendengar ayat-ayat suci Al-Quran menerusi peralatan yang tidak menggunakan wayar elektrik. Contohnya, iPod dan MP4.
  6. Fasa tempoh awal pelahiran pastinya membuatkan rasa mual dan ingin muntah biar pun anda kini dalam proses pelahiran. Bagi mengatasinya, anda boleh menghisap gula-gula berangin untuk kekal selesa.
  7. Gaya pakaian bersesuaian untuk dipakai ketika hari anda dan bayi dibenarkan pulang ke rumah perlu dibawa. Sebaik-baiknya, pakaian yang anda biasa pakai ketika usia kandungan enam bulan dahulu.
  8. Sediakan coli menyusu dua atau tiga helai di dalam beg yang bakal di bawa ke hospital. Ini penting kerana coli ini mampu memberi sokongan kepada payu dara yang mungkin bengkak selepas bersalin.
  9. Selain itu, sediakan juga pad payu dara kerana ia penting bagi mengatasi masalah susu meleleh dan mengelakkan kesan lelehan di baju yang anda pakai.
  10. Jangan lupa menggunakan bantal khas ketika menyusukan bayi. Ia dapat mengurangkan risiko sakit bahu dan belakang sepanjang proses menyusukan bayi. Malah ia bermanfaat untuk anda yang mungkin melahirkan bayi secara caesarean.
  11. Kekalkan keselesaan kaki semasa bersentuhan dengan permukaan lantai yang sejuk. Jadi pakailah stoking yang dapat membantu mengatasi masalah kaki mengalami kesejukan.
  12. Utamakan keselesaan dengan membeli tuala wanita khusus untuk wanita bersalin, jenis overnight atau yang boleh memberi perlindungan maksimum memandangkan pada hari-hari awal selepas kelahiran, darah yang keluar adalah banyak.
  13. Bagi memudahkan anda mengendalikan diri, pastikan menggunakan seluar dalam pakai buang. Ia amat praktikal terutamanya kepada anda yang mungkin bersalin secara caesarean.
  14. Query-Berapa banyak pasang baju berlengan panjang untuk bayi pakai ketika hendak pulang ke rumah nanti? Pemilihan baju berlengan panjang penting kerana ia dapat memastikan bayi yang baru lahir itu kekal panas.
  15. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya. Oleh itu untuk memastikan suhu badan bayi kekal selesa, anda perlu memakaikannya topi.
  16. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
  17. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.
  18. Untuk memastikan tubuh bayi sentiasa panas, sediakan kain selimut daripada fabrik lembut supaya bayi dapat tidur dengan lena.
  19. Zuriat anda pastinya mengujakan anda, jika mempunyai bajet lebih tidak salah anda menyediakan kamera atau kamera video untuk merakam detik-detik manis pelahiran si manja anda.
  20. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya.
  21. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
  22. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.
Sumber: Pa&Ma

Tuesday, 12 August 2014

RESEPI OREO CHEESECAKE

Fuh sana...Fuh sini...berhabuknye lah...lama x menjenguk...dah menjenguk balik dah.,....ha hari ni nak share resepi ni...x sempat pulak nak buat...mcm sedap je...


BAHAN-BAHAN MEMBUAT OREO CHEESECAKE

TAPAK (BASE)
200g biskut oreo hancur
50g butter cair

CAKE
750g cream cheese
130g gula halus
250g whipping cream
3 biji telur
1 sudu teh jus lemon
1 sudu teh icing vanilla
20 keping biskut oreo dipatah
CARA-CARA MEMBUAT OREO CHEESECAKE :

Campurkan biskut oreo dengan butter cair dan gaul sebati, kemudian masukkan ke dalam acuan dan tekan.
Simpan dalam peti sejuk selama 10 minit.
Pukul cream cheese sampai kembang, kemudian masukkan whipping cream dan pukul sehingga sebati.
Masukkan gula, telur,jus lemon dan icing vanilla dan pukul sebati.
Kemudian masukkan oreo yang telah dipatah dan gaul dengan mengunakan spatula.
Letakkan ke atas tapas oreo yang telah di simpan dalam peti tadi.
Bakar dengan suhu 150c selama 45-60 minit sehingga masak.

Friday, 10 January 2014

Kenangan Lalu

Terdengan lagu ni di radio membuatkan hati ku kembali mengimbau masa lalu....

Kau Lupa Janji
Penyanyi: Jamal Abdillah
Kau katakan kau menyayangi diriku
Ku percaya segala kata-katamu
Apa saja kau hajati
Aku cuba memenuhi
Kerna ingin menjaga hati
Kau katakan biar apa pun terjadi
Kau dan aku sama-sama menghadapi
Paras rupa bukan ukuran
Bila hati dah berkenan
Kernamu rela berkorban
Aku selalu memikirkan masa depan
Antara kita berdua hidup bersama
Setiap kali ku lahirkan hasrat hati
Kau pintaku memutuskan perhubungan
Sejak itu ku tak pernah kau kunjungi
Teman barumu lulusan luar negeri
Berkereta sana sini
Diriku tak kau kenali
Mudahnya kau lupa pada janji

Saturday, 17 August 2013

PENUHI HAK IBU BAPA

Ingatlah betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa. Mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita.
Wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa berfikir panjang. Mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah kepada kita. Dengan teringat jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan pada waktu mereka membimbing diri kita hingga beranjak dewasa.
Allah s.w.t memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa. Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” (Surah Al Israa’: ayat 23 dan 24)
Allah juga berfirman bermaksud: ”Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan- Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya”.(Surah An Nisaa’ : Ayat 36)
Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam beribadah. Sebab itu tidak mungkin terjadi bagi seorang yang mengaku bertauhid kepada Allah, tetapi ia derhaka kepada kedua-dua orang tuanya. Allah yang Mencipta dan Memberikan rezeki.
Maka Allah sahajalah berhak diibadahi. Ibu bapa adalah sebab adanya anak. Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik. Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
Andai kelak kita menjadi ibu bapa, tidaklah kita akan kecewa dan bersedih hati apabila anak kita berkata kasar kepada kita – ibu bapa yang membesarkannya. Lalu, apakah kita sampai hati melakukannya terhadap ibu bapa kita saat ini? Merekalah yang selalu berusaha meredakan tangis kita ketika kecil.
Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka janganlah sekali-kali menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak yang benar. Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu tidak akan dapat membalas jasanya.
Ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?” Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”
Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasullulah s.a.w: “Barang siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali siratulrahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud) sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka mempunyai hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah siltulrahim.
Mereka selalu berada di sisi kita baik ketika bahagia mahupun duka, berkorban dan selalu menolong kita lebih daripada teman kita. Lalu masih enggankah kita membalas segala pengorbanan mereka? Berbuat baik kepada ibu bapa adalah keharusan, bahkan harus didahulukan daripada fardu kifayah serta amalan sunnah lainnya-didahulukan daripada jihad dan hijrah di jalan Allah. Pun harus didahulukan daripada berbuat baik kepada isteri dan anak.
Taatilah mereka dan janganlah kita menentang kedua-duanya sedikit pun kecuali apabila mereka memerintah kita supaya berbuat maksiat. Rasullulah bersabda bermaksud : “Tidak ada ketaatan bagi makhluk apabila pada saat yang sama bermaksiat kepada Sang Pencipta.”
Firman Alah bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia (nerbuat baik) kepada orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan.”(Surah Luqman:14-15)
Ingatlah bahawa seburuk manapun ibu bapa kita, kita tetap tidak akan membalas semua jasa mereka. Yang perlu kita lakukan hanyalah tidak mentaati ibu bapa ketika mereka menyuruh kita untuk bermaksiat. Tidakkah kita ingin menikmati kebenaran dan keindahan Islam bersama mereka? Tidakkah kita inginkan kebaikan dan keselamatan bagi mereka sebagaimana mereka selalu ingin kebaikan dan keselamatan bagi kita? Tidakkah kita ingin agar Allah mempertemukan kita di jannah-Nya.
Justeru, bersabarlah dalam membimbing dan berdakwah pada mereka sebagaimana mereka selalu sabar dalam membimbing dan mengajar kita dahulu. Ingatlah bahawa satu doa mustajab adalah doa daripada seorang anak yang soleh untuk orang tuanya.
Sabda Rasullulah bermaksud: “ Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang boleh ke syurga.” Maka ia bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi? Allah menjawab: “Berkat istigfar anakmu untukmu.”
Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda:”Kelak akan dating kepada kamu sekalian seorang bernama Uwais bin Amir, anak muda yang belum tumbuh janggutnya, keturunan Yaman dari kabilah Qarn. Pada tubuhnya terkena penyakit kusta, namun penyakit itu sembuh daripadanya kecuali tersisa seukuran wang dirham. Dia mempunyai ibu yang yang dia sangat berbakti kepadanya. Apabila dia berdoa kepada Allah nescaya dikabulkan, maka jika engkau bertemu dengannya dan memungkinkan minta padanya memohonkan ampun untukmu maka lakukanlah.”
Menyedari hakikat ini, janganlah kita enggan untuk berdoa demi kebaikan orang tua kita. Sekeras apapun usaha kita lakukan, apabila Allah tidak berkehendak, nescaya tidak akan terjadi. Hanya Allah lah yang mampu memneri petunjuk dan membukakan pintu hati kedua orang tua kita. Mintalah pada-Nya kerana tidak ada yang tidak mungkin bagi-Nya. Bermohonlah terus pada-Nya dan janganlah bosan meskipun kita tidak tahu bila doa kita akan dikabulkan.
Seandainya Allah tidak berkehendak untuk memberi mereka petunjuk hingga ajal menjemput mereka, ingatlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal. Semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita daripada api neraka serta mengumpulkan kita dalam jannha-Nya.

Tuesday, 26 February 2013