aslmkum,...Ari ni buka je fon tetiba dpt msj dari My Beloved Mom (padahal akak yang tulis)..dia ckap ada surat untuk kursus untu dunia penerbangan kat Transair...awal pagi pulok tu..mata masih mahu didodoikan..hehe...
Then dia cakap ada surat dari transair..sekali information dia salah bagi la..surat sampai kat kpg tapi saya bukan kat kpg...hehehe...
sekali tanya kat akak yang keja kat transair..guna no fon yg akak saya bagi..hehe dia ckap last anta surat 25 jun ni tapi kursus start 15 julai kat hotel samudera kat kuching...hehe...btw nak blik kpg la tengok surat 2 dengan mata sendiri...
~Cinta yang suci itu sukar dicari,kerana cinta itu indah dan lahir dari hati yang tulus dan ikhlas...~
~cinta~
Wednesday, 20 June 2012
Thursday, 14 June 2012
UMAR MENCONTOHI KESABARAN RASULULLAH TERHADAP LETERAN ISTERI
Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab walau sepatahpun. Lalaki itu beredar sambil berkata,
"Kalau begini keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?"
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata,
"Wahai Amirul Mukminin, tujuan kedatanganku adalah hendak mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"
Umarpun berkata kepadanya,
"Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak keatasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku,mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan keatasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan karenahnya."
Lelaki itu menjawab,
"Wahai Amirul Mukminin, demikian jugalah isteriku."
Umar berkata,
"Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya karenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja."
Rasulullah SAW sendiri mengingatkan,
"Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seseorang yang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya ynag lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka." (Direkodkan oleh muslim dan Ahmad).
Wednesday, 13 June 2012
Niat Solat Lima Waktu
Assalamualaikum
wbt alhamdulillah hirabbiaalamin segala pujian hanya tertentu kepada Allah
Subahanahuwataala yang telah menjadikan kita dan jujungan Nabi kita Muhammad
(saw) yang telah menyelamatkan umat manusia daripada kesesatan. Sebenarnya
sudah lama saya tidak menaip nie di sebabkan kesempatan masa yang tidak
menentu. Maaf lah
saudara/saudariku sekelian sebab pelajaran
solat kita jarang dilakukan olehpenulis2 bebas blog .
Pada
hari ini kita masuk pada pelajaran yang seterusnya iaitu Niat solat Lima
Waktu,Perkara niat ini mudah sahaja wahai saudara saudariku sekalian dimana saudara/saudari
boleh berniat dalam bahasa arab ataupun
bahasa kita sendiri atau pun mana2 bahasa semuanya di terima oleh Allah SWT,sebaik2nya niat lah dalam bahasa arab. mari ajarkan macam mana nak berniat
dalam bahasa arab.
ausolli
fardal zuhri arba’an rakaaten adaa’an lillah hitaala.
اصلي
فرض الظهر اربع ركعا ت اداء لله تعلى
(sahaja
aku sembahyang fardu zohor empat rakaat kerana allah sbt)
ausolli
fardal asri arba’an rakaaten adaa’an lillah hitaala.
اصلي
فرض العصر اربع ركعا ت اداء لله تعلى
(sahaja
aku sembahyang fardu asri empat rakaat kerana allah sbt)
ausolli
fardal magribi salaasa rakaaten adaa’an lillah hitaala.
اصلي
فرض المغرب ثلاث ركعا ت اداء لله تعلى
(sahaja
aku sembahyang fardu magrib tiga rakaat kerana allah sbt)
ausolli
fardal esyak arba’an rakaaten adaa’an lillah hitaala.
اصلي
فرض العشاء اربع ركعا ت اداء لله تعلى
(sahaja
aku sembahyang fardu isyak empat rakaat kerana allah sbt)
ausolli
fardal subhi rakaataini adaa’an lillah hitaala.
اصلي
فرض الصبح ركعتين اداء لله تعلى
(sahaja
aku sembahyang fardu subuh dua rakaat kerana allah sbt)
Sebelum solat orang lelaki sunat azan dan
iqamah dan orang perempuan sunat iqamah sahaja,
Subscribe to:
Posts (Atom)
