~Cinta yang suci itu sukar dicari,kerana cinta itu indah dan lahir dari hati yang tulus dan ikhlas...~
~cinta~
Saturday, 26 November 2011
Monday, 3 October 2011
Kenangan yang terindah
1 October 2011
hari yang begitu indah dan membahagiakan bagi seorang insan dan juga kedua ibu bapa dimana kegembiraan itu terasa sampai di lubuk hati yang dalam...
memori tercipta
Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
lagu yang menjadi latar..dimana kegembiraan terpancar di wajah semua insan yang menghadiri majlis tersebut...

Tuesday, 24 May 2011
~Doa Harian~Pilihan

Ertinya: Ya Allah! Dengan nama-Mu aku hidup dan mati
Ertinya: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati (tidur)
kami dan kepadaNya kami kembali
kami dan kepadaNya kami kembali
Doa Masuk Ke Tandas
Ertinya: Dengan namaAllah, Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu
dari kejahatan syaitan-syaitan
dari kejahatan syaitan-syaitan
Doa Keluar Dari Tandas

Ertinya: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang
menyakitkan aku dan menyihatkan diriku
menyakitkan aku dan menyihatkan diriku
Doa Ketika Memakai Pakaian

Ertinya: Dengan nama Allah, Ya Allah! Aku minta kepadaMu dari kebaikan
pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya, dan aku berlindung kepadaMu
dari kejahatan pakaian ini dan dari kejahatan apa yang ada padanya.
pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya, dan aku berlindung kepadaMu
dari kejahatan pakaian ini dan dari kejahatan apa yang ada padanya.
Doa Ketika Memakai Pakaian Baru

Doa Ketika Membuka Pakaian
Ertinya: Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain dari Dia.
Selawat Syifa' atau Selawat Penyebuh

Caranya:
- Ambil air mati satu gelas besar di waktu pagi
- Baca Selawat Syifa' di atas dan hembuskan
Kemudian diminum, InsyaAllah sihat
Doa Kejayaan / Terang Hati / Temuduga Pekerjaan

Ertinya: Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan
sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).
sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).
Doa Untuk Ketenteraman Keluarga Duduk Di Rumah

Ertinya: Hai Orang-orang yang beriman, sabarlah kamu dan sabarlah melawan musuhmu dan
berjagalah (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah,
mudah-mudahan kamu berjaya.
berjagalah (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah,
mudah-mudahan kamu berjaya.
* Caranya: Dibaca 3 kali selepas solat fardhu
Doa Untuk Lemah Lembut Keluarga, Kasih Sayang Kepada Isteri Dan Anak-Anak

Ertinya: Allah Maha Lembut kepada hamba-hambaNya, Dia memberi rezeki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
* Caranya:
- Dibaca 3 kali selepas solat fardhu
- Ditujukan kepada seseorang apabila telah tidur malam
Kemudian dibacakan sekali dan hembuskan ke tengkuknya serta minta Allah
lembutkan hatinya
lembutkan hatinya
Doa Lemah-Lembut Untuk Suami Isteri dan Anak-Anak

Ertinya: Ya Allah, Lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana Engkau
lembutkan bagi Daud akan besi
lembutkan bagi Daud akan besi
Bacaan Jika Sebak Dada dan Menghadapi Resah Gelisah

Ertinya: Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad), Dan
telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu, Dan
Kami tinggikan(muliakan) namamu, Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada
kemudahan, Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Apabila engkau
telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan
yang lain), Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.

- Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan
Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan
dada
dada
Doa Kesejahteraan Keluarga, Suami Isteri Selalu Bersyukur
Dan Anak-anak Menjadi Baik
Dan Anak-anak Menjadi Baik

Ertinya: Ya Tuhanku, taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukuri nikmatMu,
yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku
mengerjakan amalan salih yang Engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunanku). Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk
orang-orang Islam.

* Caranya: Dibaca setiap hari selepas solat
Doa Menolak Sihir

Ertinya: Maka setelah mereka melemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan
itu, itulah sihir. Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya. Sesungguhnya
Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat
kerosakan. "
itu, itulah sihir. Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya. Sesungguhnya
Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat
kerosakan. "
- Caranya: Dibaca sebelum tidur
Doa Untuk Dimudahkan Mendapat Rezeki Yang Halal

Ertinya: Barang siapa yang takut kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya
jalan keluar (dari kesulitan), Dan Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tiada
disangka-sangakanya. Dan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan kadar (aturan yang tertentu) bagi tiap-tiap sesuatu.

- Caranya: Dibaca selepas solat fardhu
Doa Selepas Sembahyang
1. Doa supaya diampuni Tuhan dari segala kesalahan

Ertinya: Ya Allah! Ampunilah dosaku, kesalahanku, kebodohanku
segala sesuatu yang melampaui batas dan segala yang
Engkau lebih mengetahui daripadaku.
segala sesuatu yang melampaui batas dan segala yang
Engkau lebih mengetahui daripadaku.
2. Doa untuk ibu bapa
Ertinya: Ya Allah! Ampunilah diriku dan ibu bapaku, dan kasihanilah
keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil
keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil
3. Doa kebahagiaan keluarga

Ertinya: Ya Tuhan kami! Berilah kami, isteri kami, anak cucu kami semua
kegembiraan hati dan jadikanlah kami sebagai ikutan orang-orang yang taqwa
kegembiraan hati dan jadikanlah kami sebagai ikutan orang-orang yang taqwa
4. Doa keselamatan di dunia dan akhirat

Ertinya: Ya Allah! Kami minta ampun kepadaMu dan kesejahteraan agama
di dunia dan akhirat.
di dunia dan akhirat.
~Kekalkan Kebahagian suami isteri~
Di antara petua-petua untuk mengekalkan hubungan perkahwinan adalah seperti berikut :-
- Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
- Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
- Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
- Ajak isteri berjalan-jalan sekali-sekala tanpa anak-anak.
- Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
- Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
- Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
- Sentiasa lakukan ibadah bersama.
- Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
- Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
- Urut belakang isteri sekali sekala.
- Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
- Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
- Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
- Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
- Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
- Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
- Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di khalayak ramai.
- Lebihkan isteri daripada anak-anak.
- Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
- Seeloknya masuk tidur serentak.
- Belai isteri sebelum pergi kerja.
- Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
- Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
- Lakukan riadah bersama isteri.
- Pergi berkelah sekali sekala.
- Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
- Sentiasa berdoa agar disayangi.
- Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
- Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
- Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
- Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
- Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
- Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
- Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
- Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
- Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
- Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
- Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
- Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
- Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
- Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
- Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
- Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
~menjadi isteri idaman~
Setiap golongan isteri mempunyai peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga.
Berikut adalah beberapa panduan untuk mereka yang berhasrat menjadi seorang isteri yang menjadi idaman seorang suami :
1. Pandai dalam menguruskan rumah tangga
Contohnya dalam mendidik anak-anak, adalah lebih baik sekiranya isteri tidak menyerahkan tanggungjawab menjaga anak kepada pembantu. Selain itu isteri juga harus pandai dalam aspek menjaga kebersihan rumah, menyiapkan makan minum pada waktunya dan juga pengaturan yang baik dalam membelanjakan harta suaminya dengan baik. Isteri yang mulia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.
2. Baik dalam pergaulan dengan keluarga suami dan kaum kerabatnya
Terutama sekali hubungan dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagi setiap isteri untuk memberikan kasih sayang kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.
3. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya.
Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Contohnya, Ummul Mukminin, Khadijah R.A, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.
4. Bersyukur (berterima kasih)
Bersyukur kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Rasa terima kasih pada suami dapat ditunjukkan dengan senyuman manis di wajah si isteri yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya ungkapkanlah dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali perasaan cinta di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangan suami dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.
5. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya).
Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim suami kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.
6. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan.
Termasuk kesalahan adalah : Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah S.A.W telah melarang perkara itu dalam sabdanya :
"Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya"
HR. Bukhary dalam An-Nikah
7. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat.
Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Maka isteri hendaklah menjauhi maksiat, khususnya: Meninggalkan solat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar, duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria' dan sum'ah, memburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.
8. Berupaya mengenal dan memahami suami.
Isteri hendaklah mengenali dan memahami suami dengan sebaiknya. Apa-apa yang dia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang dia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah.
9. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.
Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda:
"Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya"
HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albany
Ketahuilah, isteri yang bertakwa kepada Allah dan taat kepada suaminya akan menjadi penduduk syurga dengan izin Allah. Dengan ketaatan kepada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjadi sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).
10. Bersikap qanaah (merasa cukup)
Maksud bersikap qanaah di sini adalah isteri yang redha dengan apa yang diberikan untuknya baik pemberian itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kemampuan suaminya atau meminta sesuatu yang di kira tidak perlu.
~Hargai Pasangan Anda~
Tips-tips berikut adalah untuk pasangan suami isteri yang telah sah dinikahkan. Namun begitu, ianya juga sesuai bagi pasangan yang belum mendirikan rumahtangga sebagai panduan apabila mendirikan rumahtangga kelak.
1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.
10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

30 larangan untuk wanita
| 1. | Menolak panggilan suami untuk tidur bersama |
| 2. | Membuka rahsia hubungan suami isteri |
| 3. | Berpuasa sunat tanpa izin suami |
| 4. | Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami |
| 5. | Derhaka kepada suami |
| 6. | Mengingkari kebaikan suami |
| 7. | Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain |
| 8. | Bersama lelaki lain yang bukan mahram |
| 9. | Memandang lelaki yang bukan mahramnya |
| 10. | Bersalaman dengan lelaki bukan mahram |
| 11. | Menyerupai lelaki |
| 12. | Keluar rumah tanpa ada keperluan |
| 13. | Masuk permandian awam |
| 14. | Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah |
| 15. | Meratapi kematian |
| 16. | Berhias atas meninggalnya seseorang |
| 17. | Menghantar jenazah |
| 18. | Mempercayai dukun dan peramal |
| 19. | Minta cerai kerana suami sakit |
| 20. | Minta cerai kerana suami menikah lagi |
| 21. | Meminta cerai tanpa sebab yang jelas |
| 22. | Menyambung rambut palsu |
| 23. | Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi |
| 24. | Keluar rumah dengan memakai minyak wangi |
| 25. | Membuka rahsia wanita lain kepada suami |
| 26. | Memandang aurat wanita lain |
| 27. | Menyumpah anak-anak sendiri |
| 28. | Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim |
| 29. | Menganiaya pembantu |
| 30. | Mengganggu jiran |
~Petua untuk suami dan Isteri~
Petua Rumah Tangga Bahagia
1. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari; sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

2. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
3. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
4. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
5. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
5. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
6. Suami isteri disarankan melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama,keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
7. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
7. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
8. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
9. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
10. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
11. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
11. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
12. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
15. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
14. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
15. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
16. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan paling manis semasa bercinta dan berbulan madu.
17. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
17. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
18. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
19. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21. Suami isteri pelu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
22. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
23. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

Petua Menjaga Hati Isteri
1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata mahupun perbuatan seperti pelukan.
2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.
3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristighfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah.
5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
6. Janganlah memuji wanita lain di depan mahupun belakang isteri.
7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.
11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.
12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.
Petua Mencurahkan Jalinan Kasih
1. Buktikan kasih sayang daripada suami
- Hadiah dan penghargaan
- Senyuman
- Perbualan mesra
- Gurauan
- Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
- Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain.
2. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat
- Suami sebagai contoh bagi isteri
- Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
- Suami sebagai tempat bergantung
- Sumber semangat dan kekuatan
- Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa.
3. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.
4. Sentuhan sayang
- Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali.
- Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.
5. Bisikkan ungkapan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.
Petua Mengetahui Cinta Pasangan Hidup
Sekiranya isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti dibawah ini, ianya akan membuktikan bahawa cintanya terhadap pasangan sungguh mendalam :
1. Pasangan yang saling cinta mencintai, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan.
2. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara satu sama lain Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.
3. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti "Sayang" atau"I Love You" ataupun memanggil sesamanya dengan nama kesayangan.
4. Seandainya isteri mencintai kita dengan sepenuh hatinya, biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, atau dengan erti kata lain perasaannya berubah-ubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami contohnya dari segi gaya dan sebagainya.
5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan" atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus" serta ungkapan-ungkapan lain.
6. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Mereka akan sentiasa meluangkan masa untuk dudukberbincang, bergurau senda serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu yang akan menceriakan suasana rumahtangga yang dibina. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.
7. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkahlaku yang lemah lembut setiap hari, membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.
8. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.
9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.
10. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka kongsikan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.
11. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.
12. Suami isteri sanggup menerima segala kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya hanya kerana suaminya pandai mencari harta dan wang.
Petua Menjadi Lelaki Pilihan
1. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri
2. Sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya
3. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
4. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat
7. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah akan kemungkaran
8. Sentiasa tenang dan waspada
9. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
13. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
Petua Menjadi Wanita Pilihan
1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan. 7. Boleh berbincang dan berterus terang 8. Penyabar 9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
10. Cerdik dan bijaksana
Hakikat Pertengkaran
1. Hampir setiap alam perkahwinan tidak boleh tidak, akan adanya pertengkaran. Meskipun ramai orang malu untuk mengakuinya, namun pertengkaran tetap akan berlaku samada pertengkaran yang kecil sehinggalah ke pertengkaran yang agak serius. Sebenarnya jika sesebuah perkahwinan tanpa pertengkaran, sama sekali akan membuktikan yang emosinya telah mati. Ini bukanlah bererti pertengkaran itu baik, namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan di dalam kehidupan berumahtangga.
3. Hakikat pertengkaran sebenarnya merupakan petanda awal dari sesebuah perkahwinan. Di mana suami isteri masing-masing mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut untuk berbincang kerana bimbang akan berlaku pertengkaran, kesannya ia akanmengundang masalah yang lebih besar di masa akan datang.
4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil, ini tidak akan membawa kepada pergaduhan, kerana akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.
5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.
6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencana atau berlarutan. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan terhadap kedua-dua belah pihak.
Petua-Petua Menghadapi Pertengkaran
Perkahwinan dan pertengkaran adalah satu perkara yang biasa di alam rumahtangga. Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar walaupun sekali semenjak pasangan hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian. Oleh itu, di antara petua-petua yang boleh diambil ketika menghadapi pertengkaran adalah seperti berikut :
1. Seandainya terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Adalah tidak wajar sekiranya pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.
2. Jika pertengkaran itu menyentuh tentang satu topik, maka janganlah masalah-masalah lain juga dimasukkan sama, kerana ianya secara tidak langsung akan menjadikan suatu pertengkaran tadi menjadi lebih besar yang boleh membawa bencana ke atas rumahtangga.
3. Pasangan suami isteri dinasihaykan agar membatasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan sesekali bertindak di luar kawalan umpamanyamenggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.
4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:-
"Ini semua salah kau bodoh...!", "Engkau bodoh...!", "Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya terluka kerana perbuatan awak...", "Awak tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.
5. Sejurus selepas bertengkar, jangan biasakan diri dengan suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.
6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.
7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.
8. Elakkan dari bertengkar di hadapan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan mengalami tekanan perasaan. Jika ini berlaku, secara tidak langsung akan wujud banyak lagi masalah lain.
Petua Memilih Wanita Idaman
Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidup yang sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.
Calon-calon isteri pilihan
1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.
Sebenarnya masih terlalu banyak tujuan perkahwinan menurut ajaran Islam, namun secara amnya perkahwinan atau pernikahan menurut Islam antara lain bertujuan:
1. Menjamin proses kehidupan manusia
2. Memelihara masyarakat dari kehancuran budi pekerti
3. Mewujudkan ketenangan rohani bagi pasangan suami isteri
Subscribe to:
Posts (Atom)