~cinta~

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Wednesday, 20 June 2012

Kursus Penerbangan di Transair

aslmkum,...Ari ni buka je fon tetiba dpt msj dari My Beloved Mom (padahal akak yang tulis)..dia ckap ada surat untuk kursus untu dunia penerbangan kat Transair...awal pagi pulok tu..mata masih mahu didodoikan..hehe...
Then dia cakap ada surat dari transair..sekali information dia salah bagi la..surat sampai kat kpg tapi saya bukan kat kpg...hehehe...
sekali tanya kat akak yang keja kat transair..guna no fon yg akak saya bagi..hehe dia ckap last anta surat 25 jun ni tapi kursus start 15 julai kat hotel samudera kat kuching...hehe...btw nak blik kpg la tengok surat 2 dengan mata sendiri...

Thursday, 14 June 2012

UMAR MENCONTOHI KESABARAN RASULULLAH TERHADAP LETERAN ISTERI

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab walau sepatahpun. Lalaki itu beredar sambil berkata,
      "Kalau begini keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?"
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata,
      "Wahai Amirul Mukminin, tujuan kedatanganku adalah hendak mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"
Umarpun berkata kepadanya,
       "Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak keatasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku,mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan keatasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan karenahnya."
Lelaki itu menjawab,
       "Wahai Amirul Mukminin, demikian jugalah isteriku."
Umar berkata,
       "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya karenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja."
Rasulullah SAW sendiri mengingatkan,
       "Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seseorang yang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya ynag lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka." (Direkodkan oleh muslim dan Ahmad).

Wednesday, 13 June 2012

Niat Solat Lima Waktu


Assalamualaikum wbt alhamdulillah hirabbiaalamin segala pujian hanya tertentu kepada Allah Subahanahuwataala yang telah menjadikan kita dan jujungan Nabi kita Muhammad (saw) yang telah menyelamatkan umat manusia daripada kesesatan. Sebenarnya sudah lama saya tidak menaip nie di sebabkan kesempatan masa yang tidak menentu. Maaf lah  saudara/saudariku sekelian sebab pelajaran solat kita jarang dilakukan olehpenulis2 bebas blog .
Pada hari ini kita masuk pada pelajaran yang seterusnya iaitu Niat solat Lima Waktu,Perkara niat ini mudah sahaja wahai saudara saudariku sekalian dimana saudara/saudari  boleh berniat dalam bahasa arab ataupun bahasa kita sendiri atau pun mana2 bahasa semuanya di terima oleh Allah SWT,sebaik2nya niat lah dalam bahasa arab. mari ajarkan macam mana nak berniat dalam bahasa arab.
ausolli fardal zuhri arba’an rakaaten adaa’an lillah hitaala.
اصلي فرض الظهر اربع ركعا ت اداء لله تعلى
(sahaja aku sembahyang fardu zohor empat rakaat kerana allah sbt)
ausolli fardal asri arba’an rakaaten adaa’an lillah hitaala.
اصلي فرض العصر اربع ركعا ت اداء لله تعلى
(sahaja aku sembahyang fardu asri empat rakaat kerana allah sbt)
ausolli fardal magribi salaasa rakaaten adaa’an lillah hitaala.
اصلي فرض المغرب ثلاث ركعا ت اداء لله تعلى
(sahaja aku sembahyang fardu magrib tiga rakaat kerana allah sbt)
ausolli fardal esyak arba’an rakaaten adaa’an lillah hitaala.
اصلي فرض العشاء اربع ركعا ت اداء لله تعلى
(sahaja aku sembahyang fardu isyak empat rakaat kerana allah sbt)
ausolli fardal subhi  rakaataini adaa’an lillah hitaala.
اصلي فرض الصبح ركعتين اداء لله تعلى
(sahaja aku sembahyang fardu subuh dua rakaat kerana allah sbt)
Sebelum solat orang lelaki sunat azan dan iqamah dan orang perempuan sunat iqamah sahaja,

Thursday, 19 April 2012

If One Day.....

If one day you feel like crying...
call me...
i don't promise.....
that i will make you laugh....
but i can cry with you..

if one day u want to run away...
don't be afraid to call me...
i don't promise...
to ask u to stop ...
but i can run with u...

if one day you don't want to listen to anyone....
call me....
i promise to be there for u...
and i promise to be very quiet....

but if one day you call me....
and there is no answer...
come fast t o see me...
perhaps i need you...

Friday, 13 April 2012

UnTuK SuAmIkU

Hye all...Hari ni Ieyna nak cakap pasal apa erk???emm...Nak cakap pasah husband Ieyna pulak blum kawen lagi...ha..kalau anda baru kawen apa yang pertama kali anda akan buat?Ieyna penah juga terfikir nak buat apa bila dah kawen nanti..mesti tak tahu nak buat apakan...
Bila fikir - fikir balik..ieyna nak buat kek lah pada hari perkahwinan kami..untuk makan le untuk apa lagi...Tapi nak masak kek apa ye??Ha Ieyna dah jumpa...Ieyna nak buat kek coklat cheese untuk dia...special punya...walaupun biasa- biasa jer mungkin ia akan jadi masakan pertama yang Ieyna buat untuk dia....mari kita tengok resipinya....ieyna suka makan kek ni...



Kek cheese coklat 
Bahan
·                     120gram biskut kosong tanpa inti (e.g biskut marie, tiger, etc)
·                     70gram butter
     1.Cairkan butter
     2.Hancurkan biskut
     3.Masukkan butter yang telah dicairkan ke atas biskut , gaul sebati.
     4.Tekan adunan ini dalam pan kemas2. Gunakan pan yang boleh buka tepi
     5.Masukkan ke dalam freezer (at least 30min)

Lapisan Cheese
·                     250gram cream cheese
·                     120gram gula kastor
·                     170ml whipped cream
·                     1 1/2 sudu kecil gelatin
·                     80ml fresh milk

1.Pukul cream cheese bersama gula
2.Masukkan whipped cream dan pukul lagi
3.Masak gelatin bersama fresh milk sehingga gelatin hancur
4.Masukkan bancuhan gelatin dan fresh milk ke dalam adunan cream cheese
5.Pukul sedikit lagi untuk meratakan adunan
6.Tuang adunan ini ke atas base biskut yang telah dibekukan tadi
7.Masukkan ke dalam freezer (at least 2 hours)

Choc Mousse
·                     250ml whipped cream
·                     80gram gula
·                     50gram serbuk koko
·                     sedikit esen vanila
·                     1 sudu kecil gelatin
·                     1/2sudu kecil kopi/nescaffe

1.Pukul whipped cream sehingga kembang
2.Masukkan esen vanila, gula dan serbuk koko
3.Campurkan gelatin serta kopi/nescafe dengan sedikit air panas utk melarutkannya, kemudian tuang ke dalam bancuhan whipped cream.
4.Kacau sebati.
5.Tuang adunan ini ke atas lapisan cheese td.Pastikan lapisan cheese tadi agak keras dahulu.
6.Masukkan ke dalam freezer(biarkan dlm 1 hour)

chocolate Ganache
·                     170ml whipped cream
·                     30gram serbuk koko
·                     80 gram cooking choc
·                     30 gram butter
·                     50gram gula kastor

1.Masak kesemua bahan secara double boiling sehingga ganache agak2 pekat
2.Tuang ke atas lapisan choc mousse yang telah keras
3.Sejukkan dalam freezer sehingga semua lapisan keras

mudah je kan...jom la kita buat sama-sama...rasa dia sedap.....

~CiNtA~



Jika cinta sudah tiada dihati anda, tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada anda,sedangkan cinta adalah salah satu nikmat teragung Allah terhadap hamba-hamba-Nya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta, itu tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta dihati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.

Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang, dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan- insan berlawanan.Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.

Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula. Saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya. Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi yang terhebat. Andainya lautan api direntangkan ditenga-tengah, masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu memotivasi dan perlu bukti.

Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta. Cinta melambangkan kegemiraan, keseronokkan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang molek-molek dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti diatas cinta, memperoleh cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil dibawah kebesaran ILAHI.

Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia. Sebagaimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga tidak mencarik kesucian cinta itu sendiri. Andainya cinta boleh dikekalkan sebagaimana ia bermula, bahagia adalah jawapan untuknya.

Kejayaan sebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada sudi dan murninya cinta yang dipermodalkan. Selama mana cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya, selama itu bahagia menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya, derita tanpa penyudah.

Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insan. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada insan yang berhak. Meniti diatasnya bererti meniti diatas bahagia.

Tiada lagi satu rasa pun yang boleh memotivasi manusia kecuali rasa cinta dan bahagia. Dengan cintalah gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan cantik untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehiduppan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya, semuanya kelihatan tercabut dari sasaran.

Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia.

Cinta murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta telah membuatkan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya oorang yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan.

Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasikan. Jika diberi kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapannya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan. Begitulah seharusnya cinta....

[H.M. TUAH ISKANDAR]-Hatimu Untuk Siapa

Thursday, 12 April 2012

EXCLUSIVE! LIYANA JASMAY 'CINTA BERSATU' (2012 NEW SINGLE)




Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Wednesday, 11 April 2012

Best Friend Kat Kolej...

Sungguh setiap kali aku mengingati kenangan kita bersama aku semakin sukar untuk melupai nya,,,betapa kenangan yang walau hanya sekejap itu mampu tertanam didalam hati dan sanubari seorang insan bernama sahabat... susah senang  kita selalu lalui bersama didalam sebuah rumah yang amat mendamaikan hati dan sanubari...betapa rumah itu selalu membari inspirasi kepada diriku yang hanya seorang insan biasa... kawan... member... sahabat...itu sungguh berbeza...korang lah sahabat aku walau kadang2 ada hati yang terguris kerana kata2, namun pertalian persahabatan antara kita tidak ubah seperti adik n kakak.... x ubah seperti air dicincang x akan putus...
Sehari itu x puas rasanya aku untuk melepaskan rindu kepada sahabat2 ku..

Elly @ Alifah binti Taher....
Sudah agak lama kita bersama menempuh cabaran kehidupan...dari kita sekolah menengah lagi..rahsiamu rahsiaku jua....n rahsiaku rahsiamu jua...kita banyak persamaan..kekadang org yang belum mengenali kita terlalu sukar hendak membezakan kita...walaupun rupa paras kita tidak sama namun perangai kita hampir sama...pernah satu masa dahulu mula2 awak mendaftar di Technology Collage atau dulu dikenali sebagai Twintech...ada seorang lecturer tersalah anggap yang aku adalah junior kerana tersalah anggap yang aku adalah kamu... tapi Alhamdulillah lama kelamaan mereka dapat melihat perbezaan nya... ur my best friend 4eva...

Mag @ Margerat Henry
Kenangan bersama mag mmg x dpt ina lupakan yang mana kita selalu bersama...mkan bersama, jln2 bersama, askep kelas bersama (opsss...terkantoi suda) ...hehehe... kita selalu bersama...x lama kita bersama tapi sikap mkanan kegemaran n suma nya hamper dpt ina baca...riak wajah mag..senyum tawa...mmg ada kembar tiga..hehehe...(jangan mare x termasuk senarai pun..hehe)...hasil tangan ina yang mag suka mkan pula batang buruk popiah...hehehe...bak kata mag sendiri..alu melalak abis mkan ya..hehehe...anyway nice 2 meet u mag...happy dpt kwan ngan mag...ur my best friend 4eva...

Effa @ Nurul Alifah
Sebentar bersama membuat ina mengenali serba sedikit diri effa...tpi x semua..hehe...yela kan kta kenal kejap jer tapi tahu2 boleh dok sebumbung....ina suka dengan penampilan effa...tidak hipokrit mcm pempuan lain...yang paling x best nyer...effa x ley mkan seafood...kecian tol...xpe2...setiap sakit msti ada penawarnya...InsyaAllah 1 hri nnti effa dpt gek makan makanan seafood 2 yer....hehehe

Ard @esha @ Ardiah
Awk suka saya pun suka...apakah itu?HIGHSTREET5...ya betol...hehehe..kta sama jadi hantu game 2 x kira waktu test atau pun x..yang paling x suka bila ada maintenance game tu..terpaksa la stop main kejap...kalau kejap xper....sampai gek setengah hari...hehehe... makanan??sume awake lahap...xda yang x sukanya..hehehe..thanks coz ketagih game 2...hehe..meh kta jadi gammer..ngeh3x...

Izan @ Norasfarizan
Izan...betol ka ejaan nama awak 2..hehe..say ingat2 lupa la..lw salah jngan marah ye..lw btol Alhamdulillah...hehehe....well we still friend ya...

Lis @ Liska
Ooo Liska...nama brita?x dengar apa2 brita pun awk skrg ni...dah kwen ke....

Aiman @ Muhamad Aiman
Oi kaki panjang...btol ka ejaan Muhamad 2..kang x sama mcm dlam ic awk marah pulak...hehehe....thanks coz tolong2 sya waktu kta study dlu ye...awk le kwan sekelas saya yang nak tolong sya...by the way..saya nak ucapkan banyak2 trimakasih kat awk coz sudi tolong sya waktu tu...jasamu sungguh ku xkan buang..chewahhh...ur the best classmate...tpi yang x best nya awk gelar saya kaki pendek..pendek sangat ke sya(emo la kunun)...hehehe...sya Cuma 149cm je tw...x la pendek sangat...hehe..thanks coz jadi kwan sya...minuman coklat ais kat sukma mmg sedap...hehehe...sya suka...

*Thanks korang coz sudi jdi kwan sya walaupun kejap...terutama kepada c mag n c aiman vs kaki panjang...len kali kalau kita jumpa lagi sya nak minum  coklat sejuk kat sukma n mkan nasi pattaya udang dengan korang dua...sedap...hehehe..sory Aiman..satu tu jer ada  pict awk kat sya...hehehe...sory lis..pict awk xda kay saya....happy salu yer...

Wednesday, 14 March 2012

Maher Zain - Open Your Eye (with Lyrics)

Maher Zain - Thank You Allah | Official Lyrics Video

Maher Zain - Baraka Allahu Lakuma | Official Lyrics Video

Maher Zain - Awaken | Official Lyrics Video

Maher Zain - Hold My Hand | Official Lyrics Video

Maher Zain - For The Rest Of My Life | Official Music Video

Maher Zain - The Chosen One | ماهر زين - المختار



Ya ALLAH.....

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Yakinlah pada Yang Allah



Bila Allah cepat makbulkan Doamu, 
Maka DIA Menyayangimu, 
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, 
Maka DIA Ingin Mengujimu, 
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, 
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu...
kerana Allah Maha menjadikan dan maha bijaksana

surah ghafir:64
اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ قَرَارًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ ۚ ذَ‌ٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ ۖ فَتَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya dan Dia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal. Yang demikian (kekuasaanNya dan kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam. 
perancangan manusia ada yang x kene,perancangan Allah paling terbaik.kerana Allah Tuhan kita...
kuatkan semula keyakinan kita dengan bermuhasabah diri...