hye kwan2..selamat pagi semua n selamat sejahtera ye kawan-kawan..
ha..sekarang sudah exam bagi student kat technology college sarawak...mari lah kita sama-sama belajar untuk persediaan menghadapi peperiksaan tersebut..kerana ia dapat menentukan masa depan kita semua...Kawan-kawan sekalian...peperiksaan ini adalah cubaan terbesar dalam kehidupan seorang pelajar...jika kita lulus dengan cemerlang dan dapat convo kita akan gembira...air mata kegembiraan juga akan turut bersama..mak ayah pasti akan menangis kegembiraan apabila apa yang mereka harapkan dicapai oleh anak-anak mereka....tidak mahukah kawan-kawanku melihat ibu bapa dowang gembira? andai dulu ibu bapa kita berhajat untuk mencapai kejayaan sebesar itu tetapi tidak tercapai mengapa tidak kita sahaja yang menunaikan nya...
Belajarlah kawan-kawan untuk mencapai kejayaanmu...mulailah belajarmu dengan lafaz semata-mata kerana Tuhanmu...Allah menyuruh kita belajar..sedangkan ayat yang pertama yang diturunkan kepada Rasul kita adalah Surah Al-'Alaq ayat 1-19:



















Terjemahan Surah AL-'ALAQ Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. | |
| 1 | Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), |
| 2 | Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; |
| 3 | Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; |
| 4 | Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; |
| 5 | Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. |
| 6 | Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), |
| 7 | Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. |
| 8 | (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). |
| 9 | Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang); |
| 10 | Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? |
| 11 | Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul? |
| 12 | Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)? |
| 13 | Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar? |
| 14 | Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? |
| 15 | Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka); |
| 16 | Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. |
| 17 | Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya); |
| 18 | Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya). |
| 19 | Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)! -belajarlah selagi kta mampu...wasalam.. |
No comments:
Post a Comment